Tips Tidur Ala Rosululoh
Seorang yang berusia 60 tahun akan
menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur
mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.
Allah swt hanya akan terima ibadat yang
dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas.
Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah
swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan
akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati
syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam
tidur sendiri ada banyak Sunnah.
Sebaliknya, jika seseorang tidur cara
selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau
bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi
mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa
tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih
Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati
syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X,
Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya
tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud
sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir
dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada
kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh
buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh
diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek
atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman
ringan sebelum tidur.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang
tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat,
ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya?
Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel
atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan
mengundang makhluk lain.
Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,
Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar
benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.
Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.
No comments